RSS

PERMAINAN KANAK--KANAK KATEGORI SERANGAN DAN KAWASAN : BELON DASH


KUMPULAN : PISMP SAINS SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2012
AHLI KUMPULAN:
NUR ATIKAH
NURUL FARAH
NANDAROOBINI
ONG XHING YEE


1.0     TAJUK      :    BELON DASH

2.0     Matlamat

Melatih menggunakan koordinasi mata dan tangan melalui permainan kanak-kanak dengan menggunakan alat ganti belon semasa melatih kemahiran asas melambung, melontar, membaling, menampar  dan menangkap di dalam permainan.

3.0       Objektif

Pada akhir perlaksanaan permainan kategori serangan dan kawasan ini, pelajar-pelajar dapat:

1.    Merekacipta satu permainan kanak-kanak yang sesuai untuk murid tahap satu dan tahap dua.
2.    Mengaplikasikan pergerakan-pergerakan asas lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.
3.    Memahami keperluan kecergasan fizikal seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan.
4.    Menguasai kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu.
5.    Menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat bekerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.
6.    Membanding beza permainan kanak-kanak yang dilakukan dengan permainan sukan sebenar.
7.    Berpeluang mengukur keupayaan fizikal, berperanan utama dalam permainan dan menjana jati diri.
8.    Menggalakkan diri untuk bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing iaitu memastikan tahap kejayaan dan keseronokan untuk semua.
9.    Menyatakan prosedur permainan serta peraturan permainan dengan penuh keyakinan.


4.0     PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN
4.1       SENARAI JENIS ALATAN

Bil.
Alatan
Bilangan
Gambar
Catatan
1
Belon yang diisi dengan air
20

Digunakan untuk menjaringkan gol.
2
Skitel
6

Digunakan untuk mengasingkan zon.
3
Bakul
2

Digunakan untuk menyimpan belon yang telah ditangkap oleh penjaga gol.
4
Riben
14

Digunakan untuk membezakan kumpulan.
5
Papan skor
1

Digunakan untuk mempamerkan skor setiap kumpulan.


4.2      PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN
  1. Menggunakan kawasan permainan yang luas dan  “outdoor station” kerana ia melibatkan belon yang diisi air.
  2. Garisan sempadan kawasan permainan ditandakan menggunakan skitel. Dibahagikan kepada beberapa zon iaitu zone A, B,C, dan D seperti dalam pelan kedudukan.
  3. Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain.
  4. Pihak penganjur akan menerangkan peraturan permainan.
  5. Bagi menentukan giliran bagi setiap kumpulan, pihak penganjur akan menggunakan duit syiling untuk menentukan pasukan mana yang memulakan permainan terlebih dahulu.
  6. Sebelum permainan dimulakan, setiap kumpulan telah diberikan markah sebanyak 10 mata.
  7. Permainan dimulakan dengan pemain yang berada di zon C. Pemain tersebut akan menghantar belon kepada rakan sepasukan yang berada di antara zon B dan zon C sama ada secara melambung atau melontar. Seterusnya peserta yang berada di zon tersebut akan cuba untuk menjaringkan gol dengan menghantar belon tersebut kepada penjaga gol yang berada di zon A dan D bagi memperolehi mata.
  8. Hantaran bola hendaklah melalui setiap peserta yang berada di setiap zon iaitu tidak boleh melepasi mana-mana zon.
  9. Pemain yang memegang bola tidak boleh bergerak semasa menghantar bola sama ada secara melontar mahupun membaling.
  10. Pemain bebas bergerak dalam zon masing-masing.
  11. Pemain tidak dibenarkan menyentuh anggota badan pihak lawan semasa menghalang belon.
  12. Mata akan ditolak bagi kumpulan yang memecahkan belon yang berisi air tersebut.
  13. Bagi kumpulan yang berjaya menjaringkan gol akan diberi markah bonus dan diberi peluang untuk menghantar terus kepada penjaga gol tanpa perlu melalui setiap zon.
  14. Pasukan yang mempunyai banyak bilangan belon yang berisi serta mata yang tertinggi di akhir permainan dikira sebagai pemenang.
  15. Jika berlaku keadaan seri, masa tambahan sebanyak 2 minit akan diberikan bagi menentukan pemenang.

4.3      PELAN KEDUDUKAN



 4.4     PERATURAN PERMAINAN

  1. Masa permainan ialah selama 7 minit iaitu 3 minit untuk separuh masa pertama, 1 minit untuk masa rehat dan 3 minit lagi untuk separuh masa kedua.
  2. Hanya 7 orang pemain dibenarkan masuk ke dalam padang bagi setiap pasukan.
  3.  Permainan hanya akan dimulakan selepas pengadil meniupkan wisel permulaan
  4. Permainan dimulakan dari zon tengah iaitu antara zon B dengan zon. 
  5. Pemain perlu berada di kawasan masing-masing. Di zon A dan zon D akan mempunyai seorang penjaga gol. Manakala zon B dan C masing-masing terdiri daripada 6 orang pemain,3 daripada kumpulan A dan 3 orang lagi daripada kumpulan B.
  6. Jika ada pemain yang masuk ke dalam zon lain atau ke dalam kawasan yang tidak boleh dimasuki, maka wisel akan dibunyikan dan pihak lawan akan mendapat peluang yang seterusnya.
  7.  Pemain boleh menggunakan apa-apa cara seperti melambung, melontar, mambaling atau menampar belon untuk menghantar kepada pasukan masing-masing asalkan belon tidak pecah.
  8.  Pada permulaan permainan, setiap kumpulan akan diberikan 10 mata masing-masing. Bagi setiap belon yang dipecahkan oleh ahli kumpulannya, satu markah akan dipotong. Manakala bagi setiap belon yang dapat ditangkap oleh penjaga gol, satu mata akan ditambah kepada markah kumpulan tersebut.
  9. Jika pemain melakukan ‘body contact’ atau kekasaran terhadap pihak lawan, pihak lawan akan mendapat peluang yang seterusnya.  
  10. Permainan akan tamat apabila pengadil meniupkan wisel penamat
  11.  Kumpulan yang berjaya mengumpul 5 belon atau lebih pada akhir permainan akan mendapat       5 mata bonus.


0 comments:

Post a Comment