RSS

MODEL BUNKER DAN THORPE 1982



KONSEP

Bunker and Thorpe telah menghasilkan TGFU (Teaching Games For Understanding) pada tahun 1982 kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah.



MATLAMAT

Mengembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan dalam sesuatu permainan yang dijalankan.

Model ini merupakan salah satu model pendidikan yang menekankan 3 aspek iaitu:
a. pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan
b. Meningkatkan tahap aktiviti fizikal
c. Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria.
d.Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga sekarang.

Isu-isu yang timbul dalam kalangan pelajaBritain pada tahun 1980-an yang
mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGFU:
a.Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan
b. Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan
c. Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan
d.Kekurangan pengetahuan tentang sesuatu permainan
e. Lemah dalam kemahiran asas 
MODEL BUNKER DAN THORPE 1982



Kategori dan Jenis-jenis Permainan Kanak-Kanak

SASARAN (TARGET)

Menepatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata.
Strategi yang boleh digunakan seperti:
a. menyerang (merancang bagi mengenakan sasaran dengan mudah)
b. bertahan ( mempertahan/menghalang objek daripada mengenakan sasaran)
archery

bowling 

golf 

JARING/DINDING (NET/WALL)

Melibatkan pergerakan, kawalan dan pukulan ke arah ruang ditetapkan. Pemain akan
membuat pihak lawan sukar untuk menerima atau mengembalikan objek permainan.
 Strategi :
a. menyerang (menghantar objek di tempat yang sukar bagi pasukan lawan untuk mengembalikannya)
b. pemboleh ubah seperti ruang, kelajuan, jarak dan ketinggian laluan objek.
c. bertahan ( sentiasa bersedia dan kawal ruang serangan)
badminton

table tennis

squash


PUKULAN/PEMADANG ( STRIKING/FIELDING)

baseball

cricket

softball
  •         Jenis  permainan yang dilaksanakan dalam kumpulan yang melibatkan dua pasukan / dua pihak. 
  • '      Satu pasukan disebut sebagai pasukan ‘striking’ danpasukan lawannya disebut pasukan ‘fielding’
  •        Pasukan ‘striking’ yang akan bertindak untuk memperoleh / mengumpul mata sedangkan pasukan  fielding’ yang akan bertindak cuba menghalang pasukan lawannya memperoleh / mengumpul mata. 
  •         Mata yang diperoleh / dikumpul melalui larian yang selamatdan berjaya selepas membuat pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan.

Serangan/ Kawasan (Invasion)


  • Permainan dilaksanakan dalam secara perseorangan atau berpasukan.
  • Berusaha menyerang untuk memasuki kawasan pihak lawan bertujuan untuk memperoleh mata.
  • Kawasan sendiri disebut sebagai kawasan bertahan; berusaha menyekat pasukan lawan memasukinya bertujuan untuk memperoleh mata.
football

basketball

TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN

Tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan. Setiap permainan dalam kategori mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras. Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori. Pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut. Oleh itu, pelajar mam pu menyertai permainan lain dalam kategori yang sama. 








0 comments:

Post a Comment