KONSEP
Bunker and Thorpe telah menghasilkan TGFU (Teaching Games For Understanding) pada tahun 1982 kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah.
MATLAMAT
Mengembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dalam sesuatu permainan yang dijalankan.
Model ini merupakan salah satu model pendidikan yang menekankan 3 aspek iaitu:
a. pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan
b. Meningkatkan tahap aktiviti fizikal
c. Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria.
d.Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga sekarang.
Isu-isu yang timbul dalam kalangan pelajar Britain
pada tahun 1980-an yang
mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGFU:
a.Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan
mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGFU:
a.Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan
b. Kadar perkembangan
dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan
c. Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan
d.Kekurangan pengetahuan tentang sesuatu permainan
e. Lemah dalam kemahiran asas
MODEL BUNKER DAN THORPE 1982 |
Kategori dan Jenis-jenis Permainan Kanak-Kanak
SASARAN (TARGET)
Menepatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata.
Strategi yang boleh digunakan seperti:
a. menyerang (merancang bagi mengenakan sasaran dengan mudah)
b. bertahan ( mempertahan/menghalang objek daripada mengenakan sasaran)
archery |
bowling |
golf |
JARING/DINDING (NET/WALL)
Melibatkan pergerakan, kawalan dan pukulan ke arah ruang ditetapkan. Pemain akan
membuat pihak lawan sukar untuk menerima atau mengembalikan objek permainan.
membuat pihak lawan sukar untuk menerima atau mengembalikan objek permainan.
Strategi :
a. menyerang (menghantar
objek
di
tempat
yang sukar bagi
pasukan
lawan
untuk
mengembalikannya)
b. pemboleh ubah seperti ruang, kelajuan, jarak dan ketinggian laluan objek.
c. bertahan ( sentiasa bersedia dan kawal ruang serangan)
badminton |
table tennis |
squash |
PUKULAN/PEMADANG ( STRIKING/FIELDING)
baseball |
cricket |
softball |
- Jenis permainan yang dilaksanakan dalam kumpulan yang melibatkan dua pasukan / dua pihak.
- ' Satu pasukan disebut sebagai pasukan ‘striking’ danpasukan lawannya disebut pasukan ‘fielding’.
- Pasukan ‘striking’ yang akan bertindak untuk memperoleh / mengumpul mata sedangkan pasukan fielding’ yang akan bertindak cuba menghalang pasukan lawannya memperoleh / mengumpul mata.
- Mata yang diperoleh / dikumpul melalui larian yang selamatdan berjaya selepas membuat pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan.
Serangan/ Kawasan (Invasion)
- Permainan dilaksanakan dalam secara perseorangan atau berpasukan.
- Berusaha menyerang untuk memasuki kawasan pihak lawan bertujuan untuk memperoleh mata.
- Kawasan sendiri disebut sebagai kawasan bertahan; berusaha menyekat pasukan lawan memasukinya bertujuan untuk memperoleh mata.
football |
basketball |
TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN
Tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan. Setiap permainan dalam kategori mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras. Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori. Pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut. Oleh itu, pelajar mam pu menyertai permainan lain dalam kategori yang sama.
0 comments:
Post a Comment